Dokumentasi

TARIKH:18-21 NOVEMBER 2014

TEMPAT: Madrasah Aliyah Negeri Model II, Jl. Willem Iskandar No. 7A, Kelurahan Sidorejo, Kecamatan Medan Tembung,Medan, Sumatera Utara, Indonesia

IMG_6743 IMG_9806 IMG_9805 IMG_9804 IMG_9801 IMG_9800 IMG_9798 IMG_9797 IMG_9796  IMG_9866 IMG_9865   IMG_9837 IMG_9828 IMG_9825 IMG_9814 IMG_9812

LAPORAN:

1. Urusan penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah,Pulau Pinang berjalan lancar. Penerbangan ke Kuala Namu pada jam 10.30 pagi menaiki pesawat Air Asia.
2. Ketibaan kami di Kuala Namu di sambut oleh pemandau pelancong dari Pesona Holiday Travel Ltd.
3. Selepas makan tengahari, kami dibawa ke Madrasah Aliyah Negeri II( MAN 2) Model, Medan. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit.
4. Ketibaan rombongan kami disambut meriah oleh pihak MAN II. Pelbagai acara sambutan seperti tarian adat, silat dan tilawah al-quran dipersembahkan oleh pelajar sekolah tersebut.
5. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dari kepala sekolah MAN II, Dr Burhanudin, M.Pd. dan ucapan balas oleh PK Kurikulum SMA Darussaadah, Tn Hj Ishak b Zulkifli. Sesi suai kenal berlangsung selama 2 jam.
6. Seterusnya pengajar di MAN II memperkenalkan sekolah mereka dan aktiviti harian pelajar di situ. Kami dibenarkan melawat bilik-bilik khas seperti makmal sains, perpustakaan dan bilik muzik. Sepanjang lawatan kami ke kelas-kelas di MAN II pada jam 3 petang (WIB), didapati pelajar di MAN II sangat berdisiplin dan pandai menguruskan masa.
7. Sesi persekolahan di MAN II bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Sesi awal dimulakan dengan pengajian akademik dan sesi petang disambung dengan kelas hafazan al-quran.
8. Lawatan di MAN II berakhir pada jam 5.30 petang.
9. Perjalanan diteruskan ke Brastagi Dan Danau Toba.

Sepanjang perjalanan dari Brastagi ke Danau Toba pemandu pelancong menceritakan sejarah kaum batak dan sejarah pembentukan   tasik Toba yang merupakan tasik terbesar di Asia Tenggara. Selain itu, murid dapat melihat sendiri bentuk muka bumi di kawasan lembah dan kawasan bergunung berapi. Semasa kami berada di sana, Gunung Merapi Sinabung mengeluarkan asap debu yang menunjukkan tanda-tanda untuk meletus.

  Hari terakhir kami bermalam di Medan. Kami dibawa ke Istana Maimon dan Masjid Raya yang merupakan mercu tanda agung di Medan.
  

Peperiksaan SPM

Baki Waktu

134 Hari

Peperiksaan SMA

Baki Waktu

119 Hari

Peperiksaan STAM

Baki Waktu

120 Hari

Peperiksaan PT3

Baki Waktu

106 Hari

Hubungi Kami!

SMA Darussaadah (SABK)
Titi Besi , Kepala Batas,
06200, Alor Setar , Kedah.

Tel: 04-7143661
Tel. Asrama: 04-7141850
Faks: 04-7141064
Email: kft2001@moe.gov.my

 

014840
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Jumlah
40
82
40
14473
873
998
14840