logosmad clear

Bentuk logo Sekolah Menengah Agama Darussaadah terhasil daripada gabungan sebuah perisai dan dua kotak empat segi.

 

1 Sebuah Perisai Melambangkan ketahanan dan ketekunan di dalam menghadapi pelbagai rintangan.
2 Dua Segi Empat Melambangkan keteguhan para pelajar Darussaadah yang hidup bersatu padu dan saling menghormati hak masing-masing.
3 Empat Segi Tiga Bermaksud di samping mempelajari ilmu ukhrawi, ilmu duniawi tidak diabaikan.
4 Obor Melambangkan semangat para pelajar yang berkobar-kobar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
5 Padi Melambangkan negeri Kedah adalah tempat letaknya sekolah bertuah ini. Sekolah Menengah Agama ditulis dalam tulisan jawi dan Kedah Darulaman juga ditulis dalam tulisan jawi
6 Warna

Hijau – Melambangkan nilai-nilai Islam menjadi pegangan utama di dalam apa jua keadaan.Kuning – Merupakan warna di Raja, Sultan Kedah adalah penaung sekolah agama rakyat di negeri ”Kedah.

Merah – Melambangkan keberanian, perpaduan, ketaatan dan semangat jati diri yang tinggi dalam jiwa setiap pelajar.

Putih – Melambangkan kesucian jiwa para pelajar yang diasuh dengan kalam Tuhan

Hitam – melambangkan manusia tidak akan terlepas dosa dan kesilapan.