Piagam Pelanggan

BAHWASANYA KAMI SELURUH KELUARGA SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUSSAADAH DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA KOMITMEN DAN USAHA KAMI BAGI MENJAYAKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT :

1. Mempertingkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, ketrampilan, akhlak, tanggungjawab dan bersatu-  padu di kalangan pelajar sesuai dengan aspirasi agama, bangsa dan negara.

2. Memberi peluang pembelajaran yang adil dan saksama kepada setiap pelajar tanpa mengira latar   belakang serta sentiasa mengutamakan kebajikan mereka pada setiap masa.

3. Memupuk dan mempertingkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan disiplin ke arah kecemerlangan pelajar, seiring dengan harapan dan cita-cita para waris.

4. Menerap budaya kerja yang sihat, berkualiti dan produktif melalui semangat kekitaan dan permuafakatan di kalangan guru dan staf sokongan.

5. Mempertingkatkan iklim yang sihat, indah dan harmoni ke arah keberkesanan   proses pengajaran dan pembelajaran.

6. Mewujudkan tenaga kerja yang beriman, bertaqwa, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam kalangan guru- guru, staf sokongan dan pelajar-pelajar sejajar dengan matlamat pendidikan negara.

Peperiksaan SPM

Baki Waktu

81 Hari

Peperiksaan SMA

Baki Waktu

66 Hari

Peperiksaan STAM

Baki Waktu

67 Hari

Peperiksaan PT3

Baki Waktu

53 Hari

Hubungi Kami!

SMA Darussaadah (SABK)
Titi Besi , Kepala Batas,
06200, Alor Setar , Kedah.

Tel: 04-7143661
Tel. Asrama: 04-7141850
Faks: 04-7141064
Email: kft2001@moe.gov.my

 

016807
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Jumlah
30
27
213
16321
640
1081
16807