Sejarah

sejarah sekolah

Pengasas pertama sekolah atau madrasah ini bernama Tuan Haji Hussin bin Hassan. Beliau mula membuka pondok Titi Besi pada tahun 1918. Tapak asalnya adalah di seberang jalan iaitu tapak asrama puteri sekarang, 500 meter dari kawasan sekolah kini. Beliau meninggal dunia pada tahun 1935, dan diganti oleh empat orang menantu beliau iaitu Tuan Haji Ibrahim , Tuan Haji Mustafa  , Tuan Haji Zakaria , dan Tuan Haji Hashim sehingga tahun 1941. Semasa perang Jepun pondok atau madrasah ini telah berpindah ke Kg Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah dan telah beroperasi pada tahun 1942 hingga 1945.

Pada tahun 1946 pondok  ini telah berpindah semula ke tapak asal di Kg Titi Besi dan mereka berpakat untuk mengubah nama asal madrasah tersebut kepada nama Madrasah Agama Darussaadah. Madrasah ini telah didaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah dengan nama Sekolah Menengah Agama Darussaadah pada tahun 1956. Pada tahun 1982, pihak Lembaga Pengurus Sekolah telah membeli tapak sekolah yang ada sekarang dengan kerjsama Pengetua pada masa itu iaitu Tn Hj Long bin Mohd Shah. Alhamdulillah, sejak itu sekolah ini bertambah maju dan mendapat sokongan para ahli masyarakat. Buktinya, jumlah pelajar pada masa itu meningkat ke seribu orang murid pada tahun 1996 hingga 1997. Pada tahun 2004, bilangan murid semakin merosot disebabkan masalah pentadbiran dengan pihak berkuasa pendidikan pada masa itu. Namun sekolah ini tetap beroperasi dengan sokongan kewangan dari Lembaga Pengurus Sekolah.

Sesungguhnya Sekolah Menengah Agama Darussaadah  mempunyai perlembagaan sendiri iaitu menggariskan beberapa fasal penting mengenai undang-undang pertubuhannya. Ia ditubuhkan di bawah kawalan Jabatan Agama Islam Kedah, pendaftaran sekolah-sekolah agama rakyat yang beribu pejabat di Bangunan Wan Mohammad Saman. Tuan Haji Abdul Rashid bin Hj Othman telah mengambil alih kepimpinan sekolah ini daripada Tn Hj Long bin Mohd Shah yang kembali Rahmatullah pada 2004. Pada tahun 1.3.2016 Tn Ishak bin Zulkifli telah mengambil alih kepimpinan sekolah ini setelah Tn Hj Abd Rashid b Othman yang melepas jawatan sebagai Pengetua pada 16.2.2016

Pada tahun 1.7.2005 Sekolah Menengah Agama Darussaadah telah diterima sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)  oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah beberapa sesi persefahama antara Lembaga Pengurus Sekolah, Jabatan Agama Islam Kedah , Jabatan Pelajaran Kedah dan Kementerian Pelajaran Malaysia dimeterai. Pada tahun 2006, Sekolah Menengah Agama Darussaadah dengan rasminya menjadi warga Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah menerima bantuan fizikal dan sumber manusia dan telah dikategorikan sebagai salah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Peperiksaan SPM

Baki Waktu

19 Hari

Peperiksaan SMA

Kiraan tamat

Sejak

6903 Hari

Peperiksaan STAM

Peperiksaan PT3

Hubungi Kami!

SMA Darussaadah (SABK)
Titi Besi , Kepala Batas,
06200, Alor Setar , Kedah.

Tel: 04-7143661
Tel. Asrama: 04-7141850
Faks: 04-7141064
Email: kft2001@moe.gov.my

 

020606
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Jumlah
40
40
284
19832
1336
1614
20606