Pengenalan

smad

Sekolah Menengah Agama Darussaadah (SMAD) masih berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam semua aspek mengikut Standard Kualiti Kepengetuaan Sekolah Menengah (SKKM). Ianya berteraskan kepada semangat kepimpinan ulamak yang telah dimulai oleh para ulamak terdahulu. Inilah barisan kepimpinan sekolah yang telah menerajui dari dahulu sehingga kini iaitu:

  • Tn Haji Othman bin Hj Ibrahim
  • Tn Haji Long bin Mohd Shah.
  • Tn Abdul Rashid bin Hj Othman.

       Sekolah Menengah Agama Darussaadah (SMAD) merupakan sekolah gerd A yang terletak di pinggir Bandar Alor Setar. Ianya menyediakan pendidikan kepada murid dalam dua aliran iaitu Aliran Pendidikan Kebangsaan dan Aliran Pendidikan Agama yang menggunakan kurikulum al-Azhari. Sekolah ini adalah sebuah sekolah agama bantuan kerajaan yang menerima bantuan kerajaan Malaysia sejak tahun 2005.  Kemudahan prasarana pembelajaran adalah memuaskan bagi membolehkan pembelajaran warganya.

         Bilangan murid terkini SMAD sehingga data EMIS  bulan Mac 2012 adalah seramai 709 yang rata-ratanya adalah anak kepada penduduk yang tinggal di sekitar Bandaraya Alor Setar, Bandar Jitra, Pekan Pokok Sena dan minoriti murid-murid yang datang dari daerah-daerah lain. Walaupun terdapat beberapa sekolah menengah kebangsaan yang berhampiran namun SMAD tetap menjadi pilihan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak untuk mendapatkan pendidikan agama secara mendalam. Keseluruhannya setiap tahun lebih  hampir 500 permohonan untuk kemasukan ke tingkatan satu diterima oleh pihak sekolah, namun tawaran yang dikeluarkan hanyalah lebih kurang 175 orang sahaja. Ini menggambarkan bahawa sekolah ini merupakan pilihan utama para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka.

        Latar belakang ekonomi keluarga murid SMAD adalah pelbagai iaitu pesawah, pegawai tinggi kerajaan, pegawai kerajaan, usahawan, swasta, bekerja sendiri dan lain-lain. Terdapat juga waris-waris yang bekerja di Kuala Lumpur yang merupakan penduduk asal Kedah juga menghantar anak-anak mereka pulang belajar di sini.

Klik untuk melihat maklumat korporat sekolah

Hubungi Kami

Sekolah Menengah Agama Darussaadah (SABK)

Titi Besi , Kepala Batas,
06200, Alor Setar , Kedah.

Tel: 04-7143661
Tel. Asrama: 04-7141085
Faks: 04-7141064
Email: KFT2001@moe.edu.my

Hubungi Kami!

SMA Darussaadah (SABK)
Titi Besi , Kepala Batas,
06200, Alor Setar , Kedah.

Tel: 04-7143661
Tel. Asrama: 04-7141850
Faks: 04-7141064
Email: KFT2001@moe.edu.my

 

709172
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Jumlah
28
224
1695
705085
8262
18283
709172